
Tentang Kursus
Kursus ini direka untuk membantu peserta dalam mencipta kandungan pemasaran yang berpotensi menjadi viral di media sosial. Peserta akan mempelajari teknik-teknik kreatif untuk menghasilkan kandungan yang menarik perhatian dikalangan pengguna. Kursus ini merangkumi pelbagai bentuk kandungan termasuk penulisan, reka bentuk grafik, dan video. Fokus utama adalah untuk memastikan setiap jenis kandungan disesuaikan dengan ciri-ciri unik setiap platform media sosial dan keperluan sasaran pelanggan. Dengan kaedah praktikal, peserta akan memperoleh kemahiran dalam merancang dan melaksanakan kempen pemasaran yang berkesan untuk mencapai impak yang maksimum.
Objektif Kursus
Memberi pendedahan dan pengetahuan mendalam mengenai asas dan teknik dalam mencipta kandungan pemasaran yang berkesan melalui penulisan (copywriting), reka bentuk grafik, dan penghasilan video, dengan fokus khusus kepada penggunaan aplikasi Canva untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan profesionalSasaran Peserta
- Anggota Lembaga Koperasi
- Juruaudit Dalaman Koperasi
- Agensi
- Individu
- Anggota Koperasi
- Pengerusi Koperasi
- Setiausaha Koperasi
- Bendahari Koperasi
- Pengurus Koperasi
- Eksekutif Koperasi
- Kakitangan Koperasi
Yuran
- RM 20.00 (Koperasi)
- RM 50.00 (Agensi)
- RM 50.00 (Individu)