Bolehkah peserta dari Zon Timur menghadiri Kursus Luar Kampus di Zon Selatan?
Peserta boleh menghadiri kursus di zon selatan, bagaimanapun pihak IKMa tidak akan membayar elaun perjalanan peserta tersebut.
Adakah pihak IKMa menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta Kursus Luar Kampus?
Bergantung kepada situasi, keadaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Buat masa ini IKMa tidak menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta.
Bolehkah IKMa memberikan kursus khas kepada koperasi yang berminat?
Boleh dengan menulis surat permohonan kepada Pengarah IKMa. IKMa akan membiayai tenaga pengajar manakala perbelanjaan lain ditanggung oleh koperasi.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti Kursus Luar Kampus?
Setakat ini tidak ada bayaran dikenakan untuk mengikuti kursus luar kampus bagi kategori kursus wajib. Bagi kursus lain contohnya kursus dalam Bidang Keberhasilan; kadar bayaran adalah bergantung kepada kursus yang dimohon.
Bolehkah Koperasi bergabung untuk menjalankan satu kursus luar?
Koperasi boleh bergabung untuk menjalankan satu kursus luar (Program Anjuran Bersama IKMa Koperasi atau Agensi).
Berapakah jumlah minimum peserta yang perlu hadir untuk menjalankan Kursus Luar?
Jumlah minimum peserta yang perlu hadir adalah seramai 30 orang.
Apakah prosedur untuk mengikuti Kursus di IKMa?
Semua permohonan kursus hendaklah melalui borang yang perlu disahkan oleh Koperasi masing-masing. Jika kakitangan kerajaan hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua jabatan tersebut. Peserta yang pernah hadir ke IKMa boleh mengisi borang permohonan dalam talian (online) di <a href="https://ikma.edu.my/ms/">Portal Rasmi IKMa</a>. Borang permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh kursus.
Bolehkah anak anggota memohon kursus di IKMa?
Kursus yang diperuntukan oleh IKMa adalah hanya untuk anggota sahaja. Jika anak anggota merupakan ahli koperasi maka beliau layak untuk memohon kursus di IKMa. Jika bukan ahli maka akan dikenakan bayaran.
Bolehkah anggota koperasi terdiri daripada kakitangan awam memohon pelepasan cuti tanpa rekod?
Kakitangan awam layak memohon pelepasan cuti tanpa rekod menghadiri kursus di IKMa selaras dengan Perintah Am Bab C.
Jika peserta yang telah mendaftar tidak hadir, bolehkah diganti dengan peserta lain?
Boleh dengan syarat mengemukakan surat daripada Koperasi kepada IKMa dan menyatakan pegawai yang akan menggantikan pegawai yang tidak hadir.
Bolehkah IKMa memberikan kursus mengenai kefahaman anggota kepada kalangan guru-guru?
IKMa ada memberi kursus kepada guru-guru dan koperasi boleh menulis surat terlebih dahulu untuk memanggil IKMa memberikan ceramah.
Adakah penyertaan kursus secara 'Walk In' dibenarkan?
Tidak Boleh. Selaras dengan Manual Kualiti ISO 9001: 2015 semua permohonan kursus hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kursus bermula. Peserta diminta untuk membawa surat tawaran kursus semasa hari pendaftaran.
Berapakah kadar yuran pendaftaran kursus di IKMa?
Kadar yuran pendaftaran kursus adalah seperti di link berikut:
https://bit.ly/yuranikma2025
Bolehkah yuran pengajian kursus (RM25) anjuran IKMa dimansuhkan?
Tidak. Yuran Pendaftaran / pengajian adalah sebagai komitmen peserta untuk hadir kursus di IKMa.
Adakah Yuran Pendaftaran dipulangkan jika peserta tidak terpilih?
Jika peserta tidak terpilih oleh IKMa, maka yuran pendaftaran akan dipulangkan.
Jika peserta dipilih tetapi tidak hadir maka yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan semula kecuali peserta tersebut memaklumkan kepada pihak IKMa terlebih dahulu
Adakah pihak IKMa menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek?
Ya, pihak IKMa menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek.
Bolehkah peserta menukar kursus sedangkan pembayaran yuran melalui cek telah dibuat untuk kursus yang lain?
Peserta boleh menukar kursus walaupun pembayaran dibuat untuk kursus yang lain.
Bolehkah kemudahan IKMa disewakan kepada penyewa luar dan digunakan pada bila-bila masa?
Kemudahan asrama IKMa boleh disewakan kepada penyewa luar bergantung kepada kekosongan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Pemohon boleh mengemukakan surat kepada Pengurus Unit Fasiliti dan Sajian mengenai kadar dan tarikh penyewaan tersebut.